PNB tertinggi di Malaysia dan ke-17 di dunia Dana Kekayaan Negara
2025-07-17 IDOPRESS
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,16 Julai – Permodalan Nasional Berhad (PNB) disenaraikan pada kedudukan tertinggi di Malaysia dan tempat ke-17 di peringkat global dalam kalangan Dana Kekayaan Negara.
Penyeneraian itu menerusi Papan Skor Tadbir Urus,Kelestarian dan Daya Tahan (GSR) 2025 yang diterbitkan oleh Global SWF.
Penilaian berprestij itu melibatkan lebih 200 institusi pelaburan milik negara di seluruh dunia dengan penekanan terhadap amalan tadbir urus yang baik,komitmen terhadap kelestarian alam sekitar dan sosial,serta ketahanan institusi dalam menghadapi cabaran global.
PNB memperoleh markah keseluruhan sebanyak 84 peratus,termasuk skor penuh 10/10 dalam aspek kelestarian.
Ia merupakan pengiktirafan terhadap ketelusan pelaporan,sasaran iklim strategik,dan pengintegrasian prinsip Alam Sekitar,Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam operasi serta pelaburan syarikat.
Pencapaian tersebut mencerminkan kemajuan signifikan PNB dalam memperkukuh struktur tadbir urus,menyepadukan kelestarian dalam strategi pelaburan,dan mempertingkat daya tahan institusi sebagai dana kekayaan negara utama negara.