Pengeluaran Bahan Api Penerbangan Mampan hanya 0.8 peratus – IATA

2026-06-07 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,7 Jun – Pengeluaran Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) global dijangka mencecah sekitar 2.4 juta tan pada tahun 2026,mewakili hanya 0.8 peratus daripada keseluruhan penggunaan bahan api industri penerbangan dunia,menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

RINGKASAN BERITA AI

Justeru,IATA menggesa tindakan lebih menyeluruh bagi mempercepatkan pembangunan SAF,termasuk memperluas bekalan tenaga boleh baharu dan menjamin akses terbuka kepada infrastruktur bahan api.

“Selain itu,sokongan dasar perlu diperkukuh menerusi insentif pengeluaran dan rangka kerja pelaburan yang mampu memberikan kepastian serta mengurangkan risiko sebelum sebarang mandat dilaksanakan

“Dalam masa sama,pasaran SAF global perlu diwujudkan dengan bekalan yang mencukupi pada harga yang berdaya saing bagi memastikan kemampanan kewangan dan ekonomi industri penerbangan,” katanya dalam kenyataan sama.

Jelas IATA,pelaksanaan sistem “book-and-claim” penting bagi membolehkan syarikat penerbangan dan pengeluar SAF mengambil bahagian dalam pasaran global tanpa mengira lokasi operasi masing-masing.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap