Operasi pemadaman kebakaran kawasan Jalan Bypass Sebana Cove dipergiat

2026-08-25 HaiPress

Komander Operasi Kanan,Penolong Kanan Penguasa Bomba Baharuddin Idris / Foto RTM

KOTA TINGGI,25 Ogos – Kebakaran melibatkan 51.4 hektar kawasan tanah gambut di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai,Pengerang di sini masih berterusan dan operasi pemadaman kini giat dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor.

RINGKASAN BERITA AI

“Kita melaksanakan kaedah pemadaman secara agresif dengan pendekatan serangan terus. Pada masa sama,kita masih menunggu bantuan ekskavator daripada agensi lain yang dijangka tiba tengah hari ini sebanyak dua unit lagi.

“Ekskavator yang digunakan ketika ini bersaiz kecil,jadi kita memerlukan jentera yang lebih besar,khususnya jenis amfibia yang mampu meredah kawasan hutan dan paya.” jelasnya.

Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai,Pengerang ditutup sepenuhnya untuk laluan awam bermula 2 petang semalam.

Setakat ini,insiden tidak menjejaskan penduduk setempat.

Kejadian kebakaran tersebut merupakan insiden kali kedua dalam tempoh setahun.

Seramai 21 anggota termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap