Keyakinan pendeposit Terengganu terhadap TH kekal kukuh
2026-08-19 HaiPress

Foto Fail TH
KUALA TERENGGANU,19 Ogos – Keyakinan masyarakat Terengganu terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) kekal kukuh,didorong pengalaman positif dalam urusan simpanan serta pengendalian jemaah haji.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Petugas juga melayan kami dengan baik dan mengambil berat walaupun ketika kita sakit di sana,” katanya.
Bagi Mok Esah pula,pengalaman menunaikan haji bersama TH sejak 1993 menjadi asas kepada keyakinannya terhadap institusi itu.
“Alhamdulillah,tidak ada masalah bagi saya. Saya pergi menunaikan haji pada 1993 dengan Tabung Haji dan saya memang yakin,” katanya.
Sementara itu,Amir Haziqrashdan Suhaidi berkata,pengalaman ahli keluarganya turut memberi gambaran positif mengenai mutu layanan dan perkhidmatan TH.
“Hampir semua ahli keluarga saya merupakan pendeposit Tabung Haji dan mereka memberikan maklum balas yang baik dari segi layanan,perkhidmatan serta urusan di Tanah Suci.
“Jadi saya sendiri memang amat yakin dengan Tabung Haji,” katanya.
Kemudahan digital THiJARI turut membantu memudahkan urusan simpanan,pemindahan wang,pendaftaran serta semakan tawaran haji secara dalam talian.
