RCI TH: Perkukuh tadbir urus demi keyakinan pendeposit

2026-08-12 HaiPress

Foto RTM

KUALA LUMPUR,12 OgosPemerkasaan tadbir urus perlu terus diberi keutamaan bagi memastikan pengurusan Tabung Haji (TH) kekal kukuh,selain menjamin kepentingan para pendeposit terus terpelihara susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

Beliau berkata,aspek integriti dan amanah dalam pengurusan turut penting bagi memastikan keyakinan pendeposit terhadap TH terus terpelihara.

Menurutnya,pendedahan laporan RCI juga mungkin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pendeposit terhadap pengurusan TH.

“Apabila kita melantik pihak pengurusan yang berintegriti dan amanah,sebenarnya itulah kunci kepada keyakinan pendeposit untuk terus menyimpan wang dalam TH.

“Amanah dan tadbir urus merupakan perkara yang sangat penting bagi meningkatkan keyakinan para pendeposit yang mungkin berasa tergugat atau bimbang susulan pendedahan laporan RCI yang agak mengejutkan ini,” katanya.

Katanya,lebih 75 peratus daripada syor RCI berkaitan Lembaga TH telah dilaksanakan bagi memperkukuh tadbir urus dan kedudukan institusi itu.

TH turut memberi komitmen untuk menyelesaikan baki syor relevan yang kini dalam pelaksanaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap