Kewangan TH: Lima amaran BNM sejak 2014 tidak diendahkan
2026-08-11 HaiPress

BNM sejak 2014 telah membangkitkan kebimbangan terhadap amalan pembayaran agihan keuntungan tinggi yang menyebabkan rizab sedia ada menjadi negatif/ Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,11 Ogos – Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan lima siri surat peringatan berhubung jurang antara aset dengan tanggungan Lembaga Tabung Haji (TH),susulan kebimbangan berhubung kedudukan kewangan institusi itu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Tambah Dr. Zulkifli,kedudukan TH pada ketika itu disifatkan berpotensi menimbulkan risiko sistemik terhadap kestabilan kewangan negara.
Peringatan itu kemudiannya disusuli dengan penegasan Ketua Audit Negara dalam Laporan Penyata Kewangan 2017 berhubung perubahan polisi rosot nilai yang dilakukan dua kali pada tahun sama bagi menunjukkan keuntungan lebih tinggi.
