Penggunaan AI pelihara warisan seni terancam ASEAN-China
2026-08-10 HaiPress

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC,Datuk Mohd Yusri Mohd Yusoff pada Majlis Pembukaan Program ACH-DNA 2.0/ Foto FB MOTAC
KUALA LUMPUR,10 Ogos – Penggunaan teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI) dan pengarkiban digital kini menjadi pendekatan baharu dalam memastikan warisan seni dan budaya rantau ASEAN-China tidak pupus ditelan zaman.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembukaan Program ASEAN-China Heritage Dimensions of National Arts (ACH-DNA) 2.0 di sini.
Mengulas lanjut,Datuk Mohd Yusri menegaskan,kemajuan teknologi yang digunakan perlulah berjalan seiring dengan kemampanan sosial dan alam sekitar,selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN SDGs).
Edisi kedua program ACH-DNA 2.0 yang bertemakan “Meneroka Semula Warisan Menerusi Inovasi (Reimagining Heritage Through Innovation)” ini dianjurkan bawah Kepengerusian Malaysia bagi Menteri-Menteri ASEAN yang Bertanggungjawab Mengenai Kebudayaan dan Kesenian (AMCA) bagi penggal 2024–2026.
