Pemilik bar terbakar di Bangkok berdepan enam pertuduhan
2026-08-10 HaiPress

Keadaan premis bar dan restoran yang musnah dalam kebakaran di Bangkok – Foto AFP
BANGKOK,10 Ogos– Polis Thailand bercadang mendakwa pemilik sebuah bar di Bangkok atas enam pertuduhan,termasuk kecuaian susulan kebakaran bulan lalu yang mengorbankan 37 orang,kata ketua penyiasat pada Isnin.
RINGKASAN BERITA AI
−
Kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat terhidu asap ketika kebakaran berlaku,yang menurut polis berpunca daripada litar pintas elektrik di bahagian siling.
Pendekatan Thailand terhadap peraturan kesihatan dan keselamatan,khususnya di bar dan kelab malam,sudah lama dipersoalkan.
Pada 2009,kebakaran yang memusnahkan kelab Santika di Bangkok ketika sambutan Tahun Baharu,mengorbankan 67 orang dan mencederakan lebih 200 yang lain. – AFP
