JMM, Thong Empire angkat warisan negara melalui kolaborasi strategik

2026-08-05 HaiPress

Foto RTM

KUALA LUMPUR,5 Ogos – Kerjasama strategik antara Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dengan Thong Empire Sdn. Bhd. menerusi jenama Thong Bowl dan Thong Cha Plus dilihat mampu memperkukuh usaha memelihara serta mempromosikan warisan negara melalui pendekatan yang lebih kreatif,kontemporari dan dekat dengan masyarakat.

RINGKASAN BERITA AI

Menurut beliau,kementerian melihat pembangunan produk berasaskan warisan sebagai satu bentuk interpretasi baharu yang mampu menghubungkan sejarah dengan kehidupan masyarakat masa kini.

Datuk Haslina berkata,kerjasama itu turut mencerminkan pendekatan whole-of-government dan whole-of-society yang menggabungkan kepakaran sektor awam dan swasta dalam memperkasakan agenda perpaduan negara.

Katanya,kepakaran industri dalam bidang reka bentuk,inovasi,pemasaran dan pembangunan produk dapat dipadankan dengan kekuatan institusi muzium yang memiliki khazanah sejarah serta koleksi warisan negara.

“Gabungan kedua-dua kekuatan ini bukan sahaja meningkatkan apresiasi masyarakat terhadap warisan,malah membuka peluang kepada pembangunan industri kreatif berasaskan budaya serta menyokong ekonomi warisan negara,” katanya.

Sementara itu,Thong Empire Sdn. Bhd. komited memperkenalkan warisan negara kepada generasi muda menerusi kempen ‘Warisan Dalam Perpaduan Pada Setiap Suapan’ yang dilaksanakan dengan kerjasama JMM bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

Ketua Pemasaran,Thong Empire Sdn. Bhd.,Tan See Yee berkata,menerusi kolaborasi itu,enam motif tekstil tradisional dijadikan siri pin koleksi,manakala legasi Bapa Kemerdekaan diabadikan pada syiling emas edisi terhad menerusi kempen “Warisan Dalam Perpaduan Pada Setiap Suapan”.

Kempen berkenaan berlangsung di seluruh cawangan Thong Empire bermula 3 Ogos hingga 27 September.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap