BKJ: Kulai terima peruntukan RM24 juta manfaatkan 101,000 penerima
2026-05-26 HaiPress

Foto FB Mohd Jafni Md Shukor
KULAI,26 Mei– Sejumlah RM24 juta telah diperuntukkan bagi program Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 1 hingga 4 di daerah Kulai,yang memanfaatkan lebih 101,000 penerima.
RINGKASAN BERITA AI
−
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai,Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata,seramai 34,019 penerima telah dikenal pasti bagi fasa keempat di daerah itu,setakat Selasa (25 Mei).
Pelaksanaan BKJ Fasa 4 di daerah berkenaan melibatkan peruntukan melebihi RM7.7 juta,dengan lebih 95 peratus individu yang layak telah pun menerima bantuan tersebut.
Secara keseluruhan,golongan warga emas mencatatkan jumlah penerima tertinggi bagi fasa kali ini,diikuti oleh suri rumah serta pasangan yang baharu berkahwin.
