OPEC henti kenaikan pengeluaran minyak Januari hingga Mac 2026

2025-12-02 HaiPress

Kenaiakan pengeluaran minyak

KUALA LUMPUR,1 Disember - Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan rakan sekutunya,OPEC+ memutuskan untuk menghentikan kenaikan pengeluaran minyak pada Januari,Februari dan Mac 2026.

OPEC dalam kenyataan di laman sesawangnya menjelaskan,langkah itu didorong oleh faktor bermusim.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat maya melibatkan lapan negara anggota iaitu Arab Saudi,Rusia,Iraq,Emiriah Arab Bersatu,Kuwait,Kazakhstan,Algeria dan Oman,bagi menilai keadaan pasaran global dan tinjauan ekonomi.

''Pengeluaran sebanyak 1.65 juta tong sehari mungkin dikembalikan secara sebahagian atau sepenuhnya tertakluk kepada keadaan pasaran yang berubah-ubah dan secara berperingkat.

''Negara-negara terlibat akan terus memantau dan menilai keadaan pasaran dengan teliti,di samping menegaskan semula kepentingan pendekatan berhati-hati serta mengekalkan fleksibiliti penuh untuk menangguhkan atau membatalkan semula pelarasan tambahan pengeluaran sukarela,'' katanya.

Menurut pertubuhan itu,negara-negara tersebut dijadualkan bermesyuarat semula pada 4 Januari 2026 bagi membuat keputusan selanjutnya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap