MPKangar bantu bersih rumah penduduk terjejas banjir

2025-12-02 HaiPress

Pegawai dan kakitangan MPKangar membersihkan kediaman penduduk terjejas banjir di sekitar Kangar dan Padang Besar

KANGAR,2 Disember -Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) melaksanakan Program Khidmat Masyarakat bagi membantu membersihkan rumah penduduk yang terjejas banjir di Perlis sejak 23 November lalu.

Program awal melibatkan 26 rumah sekitar Kangar dan Padang Besar.

Yang Dipertua MPKangar,Affendi Rajini Khan berkata,usaha itu disertai 30 pegawai dan kakitangan MPKangar bersama komuniti setempat.

"Tumpuan diberikan kepada kediaman warga emas,ibu tunggal dan orang kurang upaya.

Kerja pembersihan merangkumi bahagian dalam rumah serta kawasan persekitaran bagi memastikan keselesaan penduduk selepas banjir surut," katanya.

Antara kawasan terlibat termasuk Kampung Panggau,Kampung Behor Gonchar,Kampung Belanga Pudak,Kampung Wang Kelian,Taman Seri Embun,Kampung Titi Tinggi dan Taman Bukit Kayangan.

Affendi berkata,program itu akan diteruskan di kawasan lain di seluruh Perlis bagi meringankan beban keluarga yang terkesan akibat bencana.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap