Runtuhan jeti Petron PD, lapan petugas selamat

2025-11-28 HaiPress

FOTO ORANG AWAM

SEREMBAN,28 November - Lapan petugas yang dikhuatiri terkandas di jeti Platform Petron,Port Dickson susulan runtuhan di lokasi berkenaan,dilaporkan selamat.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan,ketika kejadian lima mangsa berjaya menyelamatkan diri dalam kapal tunda milik Petron,dua lagi berada di bot penyelamat pasukan tindak balas kecemasan,manakala seorang lagi mangsa terkandas di jeti.

"Keadaan laut yang bergelora dan angin kuat menghalang kesemua mangsa untuk kembali ke darat.Bagaimanapun,pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Komander Operasi kemudiannya melaporkan pada pukul 3.55 pagi mangsa yang terkandas di jeti berjaya diselamatkan oleh bot penyelamat pasukan tindak balas kecemasan.

"Kesemua mangsa yang berusia lingkungan 20-an hingga 50-an itu dikumpulkan di dalam kapal tunda dalam keadaan selamat dan dibawa ke darat," menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sembilan

Operasi tamat pada pukul 6.05 pagi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap