Harga runcit RON95 dan RON97 kekal, diesel naik 7 sen
2025-11-06 HaiPress

Foto RTM
PUTRAJAYA,5 November - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 kekal manakala diesel naik 7 sen bermula esok hingga 12 November.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan,harga runcit diesel di semenanjung ditetapkan pada RM3.02 seliter seiring peningkatan harga minyak dunia.
"Bagaimanapun,harga runcit diesel di Sabah,Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
"Petrol bersubsidi RON95 bawah BUDI95 kekal pada paras RM1.99 seliter manakala tanpa subsidi RM2.60. Harga runcit RON97 pula kekal RM3.20 seliter," jelas kenyataan tersebut.
Kenyataan sama menyatakan yang kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa,namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga.
"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," jelas kenyataan itu.
