SHMMP: KPDN Johor tempatkan pegawai penguat kuasa di premis tumpuan
2025-10-17 HaiPress
Foto Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Johor
SEGAMAT,16 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menempatkan pegawai penguatkuasaan di premis tumpuan,sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2025 bermula hari ini.
Pengarah KPDN Johor,Lilis Saslinda Pornomo menerusi kenyataan berkata,langkah itu bertujuan memastikan pematuhan harga terhadap sembilan barangan kawalan.
Tindakan penguatkuasaan,bagaimanapun,akan dijalankan secara berhemah dengan keutamaan kepada pendidikan,nasihat dan amaran.
Justeru,para peniaga dituntut menggunakan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan kawalan sepanjang tempoh SHMMP Deepavali 2025.
Antara barangan kawalan termasuk daging kambing biri-biri import,tomato,cili merah,bawang merah kecil India,bawang merah besar import,kacang dal Australia serta kelapa biji dan kelapa parut.
Pelaksanaan skim selama tujuh hari itu berlangsung hingga 22 Oktober,bagi memastikan pengguna menikmati harga berpatutan tanpa membebankan peniaga.