Tiada unsur dera, 20 kanak-kanak diselamatkan di SPT terima sokongan psikologi

2025-07-30 IDOPRESS

FOTO EXCO Pulau Pinang,Lim Siew Khim

GEORGE TOWN,30 Julai – Tiada sebarang unsur penderaan dikesan terhadap 20 kanak-kanak yang ditemui dalam dua premis di Seberang Perai Tengah pada 21 Julai lalu.

Exco Pembangunan Sosial,Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang,Lim Siew Khim berkata,selain pemeriksaan kesihatan,kanak-kanak tersebut turut menerima sokongan psikologi bagi mewujudkan rasa selamat dan membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

“Sokongan ini termasuk intervensi psikologi melalui aktiviti kecergasan,terapi muzik dan terapi bermain,selain membina hubungan kepercayaan dengan kanak-kanak bagi memudahkan proses pencungkilan maklumat,” katanya ketika dihubungi RTM.

Beliau memaklumkan,keperluan asas dan rawatan turut disediakan kepada kanak-kanak berkenaan mengikut keperluan.

Dalam operasi khas pada 21 Julai lalu,20 kanak-kanak termasuk seorang bayi berusia 15 hari diselamatkan daripada dua premis berasingan di Seberang Perai Tengah.

Kesemua mereka dikategorikan sebagai Kanak-Kanak Memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan mengikut Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

FOTO EXCO Pulau Pinang,Lim Siew Khim
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap