Kategori barangan SARA kini 14, termasuk produk kebersihan rumah
2025-05-12 HaiPress
Senarai barangan asas bawah program SARA kini diperluas dengan memasukkan produk kebersihan rumah
TITI TINGGI,12 Mei - Penambahan satu lagi kategori barangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 14 kategori berbanding 13 sebelum ini yang berkuatkuasa mulai 1 Mei lalu,membolehkan penerima manfaat memperoleh pelbagai barangan keperluan harian.
Peluasan barangan asas yang dibenarkan merangkumi produk kebersihan rumah seperti sabun atau serbuk pencuci untuk pakaian,pinggan mangkuk dan lantai.
Di Perlis,ketika ini terdapat 14 kedai dan pasar raya yang membolehkan penerima SARA mendapatkan barangan keperluan yang tersenarai bawah MyKasih.
Ia termasuk Agrobazaar Rakyat Borong Wann di Felcra Lubuk Sireh,yang menyediakanlebih 20,000 jenis barangan yang boleh dipilih penerimaSARA.
Menurut PengurusAgrobazaarRakyat Borong WannWan Nan Wan Din,secara purata lebih 500 penerima SARA mendapatkan barangan keperluan di agrobazaar itu setiap bulan dan stok barangan keperluan harian sentiasa ditambah mengikut permintaan.
"Peningkatan kategori barangan yang dibenarkan dibeli ini selari dengan peningkatan Sumbangan Asas Rahmah yang ditingkatkan hingga RM2,100 bagi tahun ini kepada isi rumah miskin dan miskin tegar berbanding RM1,200 bagi tahun 2024," katanya kepada pemberita,di sini.
Hingga penghujung April lalu,Kementerian Kewangan menyatakan peratus tertinggi penerima yang membuat pembelian SARA melalui MyKad adalah di Sabah dengan 84 peratus,diikuti Perlis 82 peratus,Kedah 80 peratus,Labuan 79 peratus dan Kelantan 78 peratus.