PerKasa tingkat taraf hidup sosioekonomi masyarakat berpendapatan rendah

2024-12-23 IDOPRESS

Penyampaian hadiah kepada para penerima dari 40 keluarga program PerKasa oleh Professor Madya Dr. Siti Hafsyah Idris,Pengarah Pusat Jaringan Komuniti,ICAN yang mewakili TNC ICAN dan disaksikan oleh Dekan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi serta Pengarah projek program PerKasa UiTM,Prof MADYA Dr Mahadir Ladisma @ Awis

SHAH ALAM,21 Disember 2024 - Program Pemerkasaan Sosio-ekonomi Komuniti Bersasar (PerKasa) sebahagian daripada inisiatif Komuniti@UniMADANI,terus memainkan peranan penting dalam memperkasa sosioekonomi masyarakat berpendapatan rendah.

Ia khususnya bagi 40 keluarga dari Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru HICOM,di sini.

Program itu dibiayai Kementerian Kewangan Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM97,600 dan berlangsung selama enam bulan bermula pada Julai hingga 31 Disember 2024.

Ia merupakan sebahagian daripada Fasa 2 Program Pendayaan Komuniti Universiti Awam (Komuniti@UniMADANI).

Menurut Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri,Komuniti,dan Alumni) Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah yang diwakili oleh Pengarah Pusat Jaringan Komuniti ICAN,Prof Madya Dr. Siti Hafsyah Idris,program terssebut merupakan inisiatif strategik kerajaan dalam usaha meningkatkan taraf hidup penduduk PPR di Selangor.

"Program PerKasa bukan sahaja menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) pertama,iaitu kemiskinan sifar,tetapi juga seiring dengan hasrat kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini," katanya.

Menampilkan pendekatan menyeluruh,PerKasa adalah melalui kerjasama dengan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP),Kolej Pengajian Kejuruteraan (KPK),dan Fakulti Pengurusan Perniagaan (FBM) UiTM serta pelbagai agensi seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS),dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Penyelidikan dan pelaksanaan program diterajui Prof Madya Dr. Mahadir Ladisma @ Awis dari FSPPP,dengan bimbingan intensif diberikan kepada peserta untuk menguasai kemahiran baharu dalam menjana pendapatan.

Lima nilai utama diterapkan dalam pelaksanaan program tersebut yang merangkumi' Bersasar: Fokus kepada ketua isi rumah yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan; Fleksibel: Direka berdasarkan keperluan khusus komuniti; Latihan Praktikal: Penekanan kepada aplikasi kemahiran sebenar; Holistik: Melibatkan seluruh isi rumah termasuk pasangan dan anak-anak; Bimbingan Mentor: Peserta dibimbing oleh mentor UiTM sepanjang program.

Program sedemikian diharap dapat melahirkan komuniti PPR lebih berdikari dan berdaya saing,selari dengan aspirasi kerajaan bagi memperkasa masyarakat kurang berkemampuan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap