Bantuan banjir kepada KIR mula disalurkan - TPM Zahid

2024-11-30 HaiPress

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (dua,kiri) menyantuni mangsa banjir semasa melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Matang,di Kuala Berang / Foto Bernama

HULU TERENGGANU,30 November – Bantuan tunai RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir mula disalurkan secara berperingkat sejak semalam.

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata jumlah bantuan bergantung kepada bilangan KIR yang memenuhi syarat ditetapkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Kita tidak mahu ada KIR yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mengikut syarat NADMA tetapi tidak mendapat bantuan,” katanya selepas melawat penduduk terjejas banjir di PPS SMK Matang,di sini.

Beliau turut menegaskan pentingnya kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri untuk meringankan beban penduduk terjejas banjir,termasuk melalui penyediaan dana kecemasan.

Dalam pada itu,Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata kerajaan merancang membina satu Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di setiap negeri.

PPK tersebut akan dilengkapi kemudahan asas bagi memastikan keselesaan penduduk terjejas.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap