Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

2024-11-29 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,28 November- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional menokok kepada RM32.60 bilion daripada RM32.58 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM22.30 bilion daripada RM21.76 bilion sebelumnya.

BNM menawarkan dua tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik atau SBBA) awal hari ini.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,SBBA dan kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu,satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang,BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM32.60 bilion dan tender pasaran wang murabahah sebanyak RM22.30 bilion,kedua-duanya untuk tempoh matang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 27 Nov,2024.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap