MTL: Pengusaha aktiviti rekreasi air dinasihat tangguh operasi

2024-11-28 HaiPress

Foto hiasan

IPOH,28 November- Pengusaha aktiviti rekreasi air dinasihatkan untuk menghentikan operasi buat sementara waktu,terutamanya ketika musim Monsun Timur Laut (MTL) yang berisiko berlakunya kejadian kepala air.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak,Sayani Saidon berkata,langkah tersebut dapat mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini seperti kehilangan nyawa.

Pihaknya turut menasihatkan orang awam untuk menangguhkan sebarang aktiviti di air.

"Hentikanlah sementara aktiviti ini sehingga Monsun Timur Laut tamat,sebab bila berlaku perkara tidak diingini kita masing-masing akan mencari salah siapa,sebenarnya peringatan telah diberi. Sepatutnya masing-masing peka supaya tidak ada berlaku kejadian sehingga meragut nyawa orang awam.

"Orang awam ini percaya kepada pengendali,bila pengendali kata ok,dia pun ikut serta juga... kita yang awam pun perlu peka,kalau waktu begitu janganlah adakan aktiviti di air ini supaya dari segi aspek keselamatan terjaga",katanya.

Beliau ditemui pada sidang media sempena Majlis Perhimpunan Bulan November 2024 dan Majlis Sekalung Budi Pesara-Pesara tahun 2024 di Ipoh.

Pada 15 November lalu,tiga kakitangan dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Tengah dan Langkawi meninggal dunia selepas lemas ketika melakukan aktiviti air menyelusuri Sungai Jahang di Gopeng.

Dua hari selepas kejadian itu,seorang wanita lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika beriadah bersama keluarga di Sungai Air Beruk,Kampung Kerunai di Gerik.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap