Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dikuatkuasakan di seluruh negara

2024-07-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA PERLIS,13 Julai - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 di seluruh negara dalam usaha memantau tahap kebersihan premis makanan.

Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini,sebanyak 63,784 premis telah diperiksa dengan 16,415 notis kesalahan bawah Seksyen 32B,Akta Makanan 1983 dikeluarkan dan 910 premis diarah tutup.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad,selain Penguatkuasaan Peraturan Kebersihan Makanan,turut diberikan perhatian ialah Peraturan 11(1) iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini sahaja,sebanyak 8,612 operasi dilaksanakan,dengan 73,464 notis kesalahan dikeluarkan dan 64,429 notis berkaitan larangan merokok di tempat makan dikeluarkan penguat kuasa KKM.

"Sekali gus menunjukkan betapa kita adalah komited dalam menguatkuasakan meskipun belum siap peraturan dan arahan atau pun perintah kami dalam akta kawalan merokok demi kesihatan awam 2024 itu,namun kita menjalankan tugas kegiatan penguatkuasaan ini berpandukan kepada peruntukan PPKHT yang saya sebutkan 11(3)(1)(d). Jadi itulah jumlahnya yang telah kita rekodkan," kata Dr Dzulkefly.

Beliau memaklumkannya pada Program Walkabout Premis Bersih,Bebas Asap atau 'BeBAs' di Komalaut 2,Kuala Perlis melibatkan 14 premis yang menjadi lokasi keempat pelaksanaan program ini sejak Februari lalu.

Hingga kini sebanyak 11,783 outlet makanan seluruh negara telah menerima Pengiktirafan BeSS,program yang dilaksanakan itu menjadi komitmen KKM terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap