Gencatan senjata: Delegasi Hamas tiba di Kaherah

2026-06-06 HaiPress

FOTO REUTERS

MESIR,6 Jun– Kumpulan Hamas mengumumkan delegasi kepimpinannya telah tiba di Kaherah,Mesir bagi memulakan pusingan baharu rundingan perjanjian gencatan senjata di Gaza.

RINGKASAN BERITA AI

Lawatan kerja itu dilakukan ketika beberapa perkara utama dalam perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak 10 Oktober 2025 masih belum dilaksanakan sepenuhnya.

Fasa pertama perjanjian tersebut sebelum ini merangkumi pertukaran tahanan dan tebusan,kemasukan bantuan kemanusiaan ke wilayah terkepung itu,serta pengunduran tentera Israel dari kawasan-kawasan tertentu.

Sejak gencatan senjata itu berkuat kuasa,serangan Israel di Gaza dilaporkan telah mengorbankan 947 nyawa dan mencederakan 2,935 orang.

Pada pertengahan Januari lepas,Amerika Syarikat mengumumkan pelancaran cadangan fasa kedua pelan keamanan yang merangkumi pengunduran penuh tentera Israel,pelucutan senjata Hamas,permulaan usaha membina semula Gaza,dan penubuhan badan tadbir urus peralihan di wilayah berkenaan.

Pihak pengantara gencatan senjata Gaza merancang untuk menyambung semula rundingan mengenai pelucutan senjata dengan Hamas di Mesir,minggu ini. -REUTERS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap