Malaysia tarik pelaburan digital RM250 bilion dalam tempoh dua tahun

2026-06-04 HaiPress

Menteri Ekonomi,Akmal Nasrullah Mohd Nasir pada sesi dialog bersempena Persidangan Peralihan Tenaga (ETCon26) di Kuala Lumpur/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,4 Jun – Malaysia berjaya menarik pelaburan digital yang diluluskan bernilai RM250 bilion dalam tempoh dua tahun lalu,dengan projek-projek berkenaan dijangka mewujudkan kira-kira 80,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

RINGKASAN BERITA AI

Menurut beliau,Malaysia perlu bergerak melangkaui pembangunan berasaskan sektor tradisional dan mengambil pendekatan yang lebih bersepadu dengan menghubungkan sektor tenaga,pendigitalan dan pertumbuhan ekonomi.

Katanya,langkah tersebut penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan utama dengan mengurangkan risiko serta meningkatkan daya tarikan negara kepada pelabur asing.

“Dalam konteks tenaga,kita sering bercakap mengenai konsep trilema tenaga yang merangkumi tiga elemen utama. Namun bagi saya,apabila melihatnya dari sudut ekonomi,satu lagi elemen perlu ditambah,iaitu daya tahan.

“Apa yang ditawarkan Malaysia dan apa yang telah dibuktikan sepanjang pelbagai krisis sebelum ini adalah keupayaan negara untuk kekal berdaya tahan.

“Sebagai contoh,ketika berlaku gangguan rantaian bekalan dan penutupan perdagangan,Malaysia masih mampu mengekalkan daya saingnya. Kita berjaya memastikan gangguan terhadap input ekonomi dapat diminimumkan,” katanya lagi.

Menurut Akmal,ketahanan ekonomi merupakan antara faktor penting yang menyokong usaha negara mencapai sasaran pertumbuhan yang telah ditetapkan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap