Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil, disokong operasi BNM
2025-11-21 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,21 November - Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Jumaat,dengan disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan berjumlah RM40.84 bilion manakala sebanyak RM23.21 bilion dalam sistem Islam.
Bank pusat akan menawarkan tiga tender repo berbalik iaitu bernilai RM2.7 bilion untuk tujuh hari,RM1.5 bilion bagi 31 hari,serta RM1.0 bilion untuk 94 hari.
BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM46.0 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM23.2 bilion.- BERNAMA
