JBPM Terengganu siap siaga hadapi Monsun Timur Laut

2025-11-06 HaiPress

Foto fail

KEMAMAN,5 November – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),Zon 2 Terengganu dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan kemungkinan berlakunya banjir.

Pegawai Zon 2 JBPM Terengganu,Penguasa Bomba Kasyfi Syahmi Ghazali berkata,pihaknya turut mengenal pasti beberapa kawasan panas atau tempat sering berlaku banjir bagi tujuan pemantauan.

Menurutnya beberapa kampung di daerah Kemaman dan Dungun khususnya yang berada di kawasan rendah telah dikenalpasti sebagai kawasan berisiko banjir.

Beliau berkata,di Kemaman antara kawasan terbabit ialah Kampung Teladas,Air Putih,Perumahan Telok Kalong,Padang Kubu,Kemasik dan Kampung Tebak.


Manakala,di daerah Dungun,kampung yang sering terjejas ialah Kampung Pasir Raja,Syukur,Jongok Batu dan beberapa kawasan di bandar Dungun.

"Untuk nasihat kepada penduduk kawasan hotspot kita sarankan kepada masyarakat di kawasan tersebut supaya sentiasa bersedia,jenis dokumen yang penting sebagai contoh kad pengenalan sijil lahir dan sebagainya ditempatkan di tempat yang telah dikenal pasti selamat",katanya.

Katanya,bagi tujuan penugasan anggota menghadapi MTL juga,seramai 320 pegawai dan anggota diletakkan dalam keadaan siap siaga,manakala bagi tujuan operasi pemindahan penduduk terjejas,pihaknya akan menggunakan sebanyak 16 buah pacuan empat roda dan lori serta 20 buah bot dan semua aset berkenaan di tempatkan di lima buah balai di Kemaman dan tiga di Dungun.

Beliau berkata demikian selepas masjlis perasmian Program Latihan Simulasi Banjir Peringkat Daerah Kemaman di Institut Latihan dan Pendidikan Ranaco (RETI).


Program anjuran alumni RETI dengan kerjasama JBPM dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Kemaman itu bertujuan memberi pendedahan kepada kumpulan sasar bagi menangani dan mengurus bencana banjir.


Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap