Panglima ATM, TUDM terima darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera

2025-10-15 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,15 Oktober - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Angkatan Tentera,Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar dan Panglima Tentera Udara,Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.

Seramai 100 penerima pingat bagi enam Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) pada sesi pertama Istiadat Pengurniaan DKAT 2025 yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara,hari ini.

Istiadat pengurniaan DKAT ini dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-92 dan bagi menghargai pegawai serta anggota lain-lain pangkat ATM yang berkelayakan atas jasa dan pengorbanan tidak berbelah bahagi.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Hadir sama,Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan,Datuk Lokman Hakim Ali,Panglima Angkatan Tentera,Panglima-Panglima Perkhidmatan,Pegawai Kanan ATM serta Pegawai Kanan Awam Kementerian Pertahanan.

Sultan Ibrahim yang juga Pemerintah Tertinggi ATM juga berkenan mengurniakan Darjah PGAT Kehormat kepada empat pemerintah tertinggi negara luar iaitu Panglima Tentara Nasional Indonesia (TNI),Jeneral Agus Subiyanto dan Panglima Tentera Darat Diraja Kemboja,Jeneral Mao Sophan.

Turut sama dikurniakan pingat itu ialah Ketua Staf Tentera Udara Indonesia,Mohamad Tonny Harjono dan Panglima Tentera Udara Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF),Mejar Jeneral Kelvin Fan Sui Siong.

Selain itu,20 individu menerima darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) manakala 18 individu lagi dikurniakan darjah Pahlawan Angkatan Tentera (PAT).

Istiadat pada hari ini turut menyaksikan pingat Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan pingat Bentara Angkatan Tentera (BAT) dikurniakan kepada 28 individu.

Secara keseluruhan,seramai 626 penerima dianugerahkan pingat dalam Istiadat Pengurniaan DKAT pada tahun ini yang diadakan dalam dua sesi pengurniaan.

Sesi kedua pula akan disempurnakan Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan dijadual berlangsung pada 30 Oktober ini di Wisma Perwira ATM dengan penglibatan 526 penerima setelah diperkenan Seri Paduka Baginda.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap