Ringgit dijangka turun naik, pelabur tunggu data inflasi AS

2025-07-14 HaiPress

Ringgit dijangka turun naik,pelabur tunggu data inflasi AS / Foto hiasan

KUALA LUMPUR,12 Julai – Pasaran tukaran asing dijangka terus berdepan pergerakan tidak menentu pada minggu hadapan,dengan tumpuan utama pelabur terarah kepada data Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) bagi bulan Jun.

Data inflasi tersebut dijangka menjadi penentu penting kepada keputusan Rizab Persekutuan (Fed) sama ada untuk menurunkan kadar faedah dalam tempoh terdekat atau sebaliknya.

Setakat ini,kadar inflasi di Amerika Syarikat dilihat masih terkawal dalam tempoh tangguh 90 hari,memberikan ruang kepada pelonggaran dasar monetari.

Bagaimanapun,pelaksanaan tarif balas yang dijadualkan bermula 1 Ogos ini berpotensi meningkatkan tekanan inflasi,sekali gus boleh mendorong Fed mengekalkan kadar faedah semasa bagi mengelakkan kesan lanjutan terhadap ekonomi.

Dalam konteks domestik,kadar pertukaran mata wang ringgit Malaysia dijangka bergerak dalam julat antara RM4.24 hingga RM4.26 berbanding dolar Amerika Syarikat sepanjang minggu hadapan,bergantung kepada sentimen global serta reaksi pasaran terhadap data ekonomi utama tersebut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap