Pelabur asing catat aliran masuk bersih RM33.2 juta
2025-07-01 HaiPress
Foto fail
KUALA LUMPUR,30 Jun - Pelabur asing mencatat aliran masuk bersih berjumlah RM33.2 juta di Bursa Malaysia,mengakhiri trend aliran jualan minggu lima minggu berturut-turut.
Menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd,aktiviti pelabur asing bercampur-campur sepanjang minggu,dengan belian bersih direkodkan pada Selasa dan Khamis.
Bank pelaburan itu menerusi Laporan Aliran Dana bagi minggu berakhir 27 Jun 2025 memaklumkan,institusi tempatan meneruskan aktiviti pembelian untuk minggu keenam berturut-turut.
''Sebanyak RM142.8 juta aliran masuk bersih direkodkan,susut daripada aliran masuk minggu sebelumnya sebanyak RM510.6 juta.
''Sementara itu,peruncit tempatan kembali kepada penjual asing bersih minggu lepas,dengan mencatat aliran keluar bersih sebanyak RM176 juta,sekali gus menamatkan aliran masuk selama seminggu,'' jelas MIDF.
Tiga sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi ialah utiliti (RM102.6 juta),pengangkutan dan logistik (RM45.9 juta) serta produk dan perkhidmatan perindustrian (RM22.9 juta).
Manakala,tiga sektor teratas yang mencatatkan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM109.9 juta),hartanah (RM35.9 juta) dan syarikat telekomunikasi dan media (RM28.0 juta).