Presiden Guinea-Bissau tamat lawatan rasmi tiga hari di Malaysia

2025-06-05 IDOPRESS

Foto RTM

SEPANG,5 Jun- Presiden Guinea-Bissau,Umaro Sissoco Embaló berangkat pulang,selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari di Malaysia,hari ini.

Presiden Embalo diberikan upacara pelepasan permaidani merah dan kawalan kehormatan oleh 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Lt Muhammad Safwan Abdullahdi Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada Presiden Embalo dan delegasinya. Pesawat khas yang membawa delegasi dari Guinea-Bissau itu berlepas pada 11.55 pagi.

Lawatan yang bermula 3 jun itu merupakan kunjungan rasmi pertama Presiden Embalo ke Malaysia. Kunjungan itu menyasarkan komitmen bersama antara kedua-dua negara dalam mengembangkan hubungan diplomatik dan dilihat sebagai langkah signifikan dalam memperkukuh hubungan dua hala yang sebelum ini bersifat sederhana,serta membuka lembaran baharu bagi kedua-dua negara untuk saling menyokong dalam agenda pembangunan yang lebih mampan.

Terdahulu,Presiden Embaló menghadiri lawatan terakhir beliau di Taman Botani Perdana,Kuala Lumpur pagi tadi. Beliau turut berkesempatan menyempurnakan upacara penanaman pokok Merbau yang merupakan pokok kebangsaan Malaysia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap