Op Sapu: 17 PATI ditahan di Saratok

2025-05-12 IDOPRESS

FOTO Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

SARATOK,12 Mei- Unit Penguatkuasa Imigresen Sri Aman telah menahan seramai 17pendatang asing tanpa izin dalam satu operasi bersepadu dikenali sebagai Op Sapu yang dijalankan pada awal pagi Sabtu lalu.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak,kesemua yang ditahan terdiri daripada 14 lelaki dan tiga wanita disyaki melakukan beberapa kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

"Kesemua pendatang asing tanpa izin itu ditangkap di sebuah rumah kongsi di kawasan ladang sekitar pukul 12.13 tengah malam.

"Antara kesalahan yang dikesan termasuk tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan oleh undang-undang negara.

"Kesemua PATI yang ditahan telah dibawa ke Pejabat Imigresen Sri Aman untuk siasatan dan tindakan lanjut," menurut hantaran tersebut.

Operasi yang melibatkan lapan anggota penguatkuasa itu merupakan sebahagian daripada komitmen jabatan dalam membanteras kemasukan dan kehadiran pendatang asing tanpa izin di negeri berkenaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap