PGA rampas tanaman hiasan seludup bernilai RM5.5 juta
2025-05-12 HaiPress
FOTO Briged Tenggara PGA Rasmi
TANAH MERAH,12 Mei- Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9,Briged Tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk tanaman hiasan dari Thailand dalam satu operasi khas di bawah Op Taring WAWASAN Kelantan,baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Briged Tenggara PGA Rasmi,rampasan dilakukan sekitar pukul 4.15 petang,9 Mei lalu di Kampung Lalang Pepuyu apabila sepasukan anggota PGA mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan semasa rondaan rutin.
"Hasil pemeriksaan menemui 1 pokok landskap Eugiena,1,500 pokok pemanjat pagar dan 2,000 pokok busida di dalam lori tersebut. Pemandu lori,seorang lelaki Melayu berusia 26 tahun,gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan tanaman berkenaan.
"Anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk lori yang digunakan,dianggarkan mencecah RM5.5 juta," menurut hantaran tersebut.
Kes kini disiasat mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) Seksyen 5,dan suspek serta barang rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut.
PGA dalam kenyataannya menegaskan bahawa usaha membanteras kegiatan penyeludupan akan terus dipergiat khususnya di kawasan sempadan yang dikenal pasti sebagai titik panas aktiviti haram.