Perhebat aktiviti sukan, tarik penyertaan lebih ramai remaja

2025-05-12 HaiPress

Aktiviti sukan bantu kekang remaja terlibat gejala negatif

PADANG TERAP,12 Mei - Penganjuran aktiviti sukan terutama di luar bandar perlu diperhebat bagi menarik penyertaan lebih ramai remaja.

Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM),Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis berpandangan,langkah itu bakal memberi manfaat besar kepada golongan sasar dan komuniti.

Ini termasuk mengekang mereka daripada terlibat dengan gejala negatif seperti dadah.

"Membudayakan aktiviti bersukan bukan sahaja mampu menyihatkan tubuh badan serta merangsang minda yang lebih cerdas dan cergas,malah memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk",katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Pertandingan Karom Komuniti di Kampung Lubuk Merbau,Pedu,di sini.

Mengulas lanjut,Prof. Madya Dr. Kamarul memaklumkan,tanggungjawab menganjurkan aktiviti seumpama,tidak hanya terletak dibahu pihak tertentu.

Ia sebaliknya menjadi tugas semua pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO),pemimpin setempat selain pihak masjid dan surau.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap