Bonus & cuti raya penjawat awam Kelantan diumum minggu depan

2025-03-20 HaiPress

Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan ditemui media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kuih Raya Aidilfitri 1446H/2025 Kepada Pasukan-Pasukan Keselamatan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim,Kota Bharu / RTM

KOTA BHARU,20 Mac- Kerajaan Kelantan belum membincangkan soal pemberian bonus kepada penjawat awam di negeri itu atau keperluan cuti tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.


Timbalan Menteri Besar Kelantan,Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata,keputusan mengenai perkara tersebut dijangka hanya akan diumumkan minggu depan.


"Menteri Besar yang akan putuskan,kita berharap ada (bonus),namun bergantung kepada keputusan dalam mesyuarat Exco nanti," katanya.


Beliau ditemui media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kuih Raya Aidilfitri 1446H/2025 Kepada Pasukan-Pasukan Keselamatan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim,Kota Bharu.


Sumbangan disampaikan Menteri Besar,Datuk Mohd Nassuruddin Daud kepada 18 pasukan keselamatan sebagai tanda penghargaan daripada pihak kerajaan negeri.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap