Enam kenderaan musnah dalam kebakaran di Press Metal Bintulu

2025-03-19 HaiPress

Enam buah kenderaan musnah dalam kebakaran di kawasan tempat letak kenderaan Press Metal Bintulu,Taman Perindustrian Samalaju,pada Selasa / Foto BBP Bintulu

BINTULU,19 Mac – Enam buah kenderaan musnah dalam kebakaran di kawasan tempat letak kenderaan Press Metal Bintulu,petang semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Bintulu,Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.35 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba pada pukul 4.39 petang,pasukan bomba mendapati enam kenderaan telah terbakar. Operasi pemadaman segera dijalankan menggunakan satu aliran hos sepanjang 600 kaki dengan bekalan air dari pili bomba di kawasan kilang,” katanya.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 4.55 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.30 petang selepas pasukan memastikan keadaan benar-benar selamat.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu,manakala siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Operasi pemadaman melibatkan empat anggota BBP Samalaju dengan kekuatan sebuah jentera FRT Scania,serta dibantu oleh pasukan Emergency Response Team (ERT) Press Metal yang terdiri daripada 15 anggota.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap