Selangor perkasa wanita, dipacu dasar mesra keluarga dan inisiatif ekonomi

2025-03-17 IDOPRESS

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor,Anfaal Saari

SELAYANG,17 Mac- Selangor komited dalam memperkasa wanita melalui dasar dan program mesra keluarga serta menyokong pembangunan ekonomi golongan itu.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor,Anfaal Saari berkata,ini bagi memastikan wanita dapat mengejar aspirasi tanpa halangan budaya dan sosial.

Bersesuaian dengan Tema sambutan Hari Wanita tahun ini,"Wanita Beraspirasi Membina Legasi",mengiktiraf peranan wanita dalam pelbagai aspek kehidupan serta menangani cabaran seperti ketidakseimbangan tanggungjawab rumah tangga yang menghalang penyertaan wanita dalam tenaga kerja.

"Atas sebab itu,fokus saya selaku Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat adalah untuk mewujudkan polisi-polisi yang mesra keluarga. Dalam Dasar Wanita Selangor 2024-2026,kita telah menggariskan antaranya untuk menggalakkan aturan pekerjaan anjal dan insentif untuk wanita kembali bekerja.

Ini supaya wanita terlepas daripada “motherhood penalty” dan boleh terus mengejar aspirasi dan membina legasi. Di bawah Wanita Berdaya Selangor juga,kita mewujudkan program-program untuk membina kapasiti wanita untuk membolehkan wanita menjana ekonomi," kata Anfaal ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Selangor,di sini.

Selain itu,Wanita Berdaya Selangor turut memperkenalkan program Pusat Wanita Berdaya bagi membina kapasiti wanita dalam komuniti serta memperkukuh daya tahan ekonomi keluarga.

Program USAHAWANITA yang kini memasuki tahun kedua,turut diperkenal untuk membantu wanita menjana pendapatan melalui keusahawanan digital.


Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap