Tiada rombakan kabinet walaupun kepimpinan CEC DAP berubah

2025-03-17 IDOPRESS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA,17 Mac - Tiada rombakan kabinet akan berlaku,meskipun terdapat perubahan kepimpinan dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bagi penggal 2025-2028.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan maklum balas itu ketika ditemui media selepas ditanya mengenai kemungkinan perubahan dalam barisan kabinet susulan perkembangan terbaru dalam parti komponen kerajaan itu.

"Itu rombakan kabinet DAP,dah ada buat semalam," kata Anwar.

Dalam pada itu,beliau mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bagi penggal 2025-2028 yang diumumkan semalam.

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke mengekalkan kedudukan beliau sebagai Setiausaha Agung bagi penggal 2025-2028 dan merupakan penggal kedua bagi beliau menjawat jawatan tersebut.

Manakala Menteri Digital,Gobind Singh Deo dipilih sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan yang baharu menggantikan Lim Guan Eng.

Sementara itu,Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga KorMing dipilih sebagai Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan. Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching dipilih untuk memegang jawatan Naib Pengerusi DAP.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap