JPS laksana kerja baik pulih tebing Sungai Kelantan

2024-12-23 HaiPress

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama,Dr Hafidzah Mustakim / Foto RTM

KOTA BHARU,23 Disember-Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan kerja-kerja baik pulih segera tebing runtuh di Sungai Kelantan berhampiran kondominium Pelangi Mall,Jalan Pasar Lama di Kota Bharu bermula hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama,Dr Hafidzah Mustakim berkata,pemakluman berhubung perkara itu disahkan oleh Pengarah JPS Kelantan,Dr Siti Fairus Zakaria melalui panggilan telefon.

"Saya telah bercakap dengan Pengarah JPS Negeri Kelantan pagi ini mengesahkan kerja-kerja memperbaiki tebing berkenaan akan dilaksanakan hari ini",katanya demikian pada sidang media di lokasi kejadian,di sini hari ini.

Sementara itu,Pengerusi Persatuan Penduduk di Kondominium terbabit,Foo Chek Yee,berharap kerja pembaikan tebing runtuh itu dapat dilakukan segera kerana hampir 1,600 penghuni kondominium terbabit bimbang kejadian yang berlaku sebelum ini.

"Kondominium ini sudah beroperasi sejak 15 tahun lalu dan ini kali pertama kejadian runtuhan tebing berlaku,sedikit sebanyak sangat merisaukan kami.

"Ada sebahagiannya sudah berpindah ke rumah waris kerana bimbang akan berlaku lagi runtuhan lain dan bila mendapat berita bahawa JPS akan melakukan kerja darurat memperbaiki serta menahan tebing sungai,sedikit melegakan kami," katanya.

Media baru-baru ini melaporkan satu runtuhan sepanjang lebih 50 meter dikesan berlaku di tebing Sungai Kelantan menyebabkan laluan pejalan kaki di lokasi itu terhumban ke bawah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap