Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

2024-12-11 HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR,11 Disember- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM31.15 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.36 bilion dalam dana Islam.

Hari ini,bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik,terdiri daripada tender bernilai RM2.8 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM1.0 bilion untuk 90 hari serta tender repo berbalik Islam bernilai RM200 juta untuk tujuh hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM35.0 bilion dan RM24.6 bilion dalam tender semalaman Murabahah. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap