99 aduan sisa buangan terjadual direkodkan di seluruh negara

2024-12-06 HaiPress

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad (dua,kanan) dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (kanan) mendengar penerangan dari Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan Hamzah Mohamad (kiri) ketika melawat kawasan tapak pelupusan haram buangan berjadual di Bukit Pelandok/ BERNAMA

PORT DICKSON,5 Disember- Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah merekodkan sebanyak 99 aduan berkaitan sisa buangan terjadual yang dilupuskan secara haram di seluruh negara setakat ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,Nik Nazmi Nik Ahmad berkata,daripada jumlah itu terdapat 13 kes didapati berasas selepas siasatan dijalankan dan telah diambil tindakan penguatkuasaan.

"Kita dah sudah membuat pindaan kepada kualiti alam sekitar sekeliling denda maksimum hanyalah RM100,000 sekarang sudah RM10 juta,penjara mandatori lima tahun.

"Pada masa sama,menuju ke tahun 2025 kita jug dalam proses untuk memperkasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan kita mahu buat pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling fasa kedua," katanya

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Tapak Pelupusan Haram Buangan Terjadual di Bukit Pelandok di sini.

Sementara itu penemuan tapak pelupusan buangan terjadual di Bukit Pelandok adalah susulan aduan yang diterima oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Hasil siasatan mendapati,terdapat dua lokasi dijadikan tapak pelupusan haram berkedudukan kira-kira 200 meter antara satu sama lain.

Berdasarkan keputusan analisis sampel buangan diperolehi daripada Jabatan Kimia Malaysia mendapati buangan dilupuskan secara haram tersebut disyaki terdiri daripada cecair yang mengandungi sebatian pelarut terpakai (SW322) serta bahan-bahan pepejal dan bekas dicemari bahan kimia serta buangan terjadual (SW409).

Dalam pada itu,Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun berkata,langkah penguatkuasaan perlu diperketatkan bagi mengekang kegiatan dan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

"Saya tidak mahu perkara seperti ini berulang lagi. Ia perlu dihentikan dan saya mahu penguatkuasa mengenakan tindakan lebih kuat dan hukuman berat setelah diluluskan oleh parlimen yang bersidang tempoh hari.

"Saya harap ini dapat dilaksanakan menjadi pengajaran kepada tuan punya premis dan mereka yang melakukan perkara ini," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap