Banjir: JPN tawar penggantian dokumen pengenalan diri secara percuma

2024-12-01 HaiPress

Foto FB Saifuddin Nasution

SEMPORNA,1 Disember-Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menawarkan perkhidmatan penggantian dokumen pengenalan diri,sijil lahir dan dokumen berkaitan kepada mangsa banjir secara percuma tanpa dikenakan bayaran.

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata mangsa yang terlibat boleh hadir ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara atau menerusi kaunter dan bas-bas bergerak yang akan beroperasi di lokasi-lokasi terlibat selepas banjir reda.

"Kita akan gerakkan sejurus selepas banjir bila mereka yang terlibat berlaku kehilangan dokumen pengenalan diri,Mereka boleh mendatangi bas-bas bergerak kami dan penggantian tidak dikenakan sebarang bayaran",katanya demikian kepada media selepas program menyemai kasih rakyat di SK Pulau Mabul,di sini.

Datuk Seri Saifuddin menyatakan demikian kepada media selepas program menyemai kasih rakyat di SK Pulau Mabul,Semporna.

Dalam pada itu,Kementerian Dalam Negeri (KDN) mensasarkan tempoh 6 hingga 12 bulan bagi mengatasi masalah 12,000 pelajar sekolah yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Menterinya,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,KDN bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi mengenalpasti jumlah pelajar terlibat.

"Kita telah bekerjasama dengan KPM dan kita telah profailkan untuk rekod 12,000 pelajar sekolah yang telah berada dalam Pendidikan,tapi tiada dokumen pengenalan diri.


Sebab perkahwinan tidak teratur,ibu bapa tidak daftar perkahwinan contohnya.

"Soalnya membawa kepada anak-anak itu.Tekad kami sasaran kami 12,000 ini kami nak ambil tempoh paling cepat enam bulan paling lama 12 bulan",katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap