Majikan perlu jaga kebajikan pekerja menjelang pelaksanaan JS-SEZ

2024-11-18 HaiPress

Lee Ting Han

KULAI,18 November- Pihak majikan dituntut untuk memastikan kebajikan pekerja,khususnya dalam aspek penginapan,berada pada tahap optimum menjelang pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Exco Pelaburan,Perdagangan,Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor Lee Ting Han berkata,gesaan tersebut susulan pelaksanaan inisiatif yang dijangka merancakkan sektor perindustrian dan ekonomi Johor.

Penekanan terhadap aspek berkenaan mampu memperkukuh keyakinan pelabur luar,seterusnya memastikan kelancaran pelaksanaan JS-SEZ.

"Kita menjangkakan lebih banyak projek dan kerja-kerja pelaksanaandalam dua hingga tiga tahun ini. Ia juga dilihat akan mencipta peluang pekerjaan untuk warga tempatan.

"Ia juga membuka peluang kepada pekerja asing sekiranya kekurangan tenaga kerja dalam sektor tertentu. Jadi kita harap semua pihak majikan dapat mematuhi akta ataupun undang-undang yang sedang berkuatkuasa," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kuaters Kediaman Berpusat (CLQ) dengan Pensijilan Emas GreenRE,di sini.

Untuk rekod,sebanyak 142 kompaun dikeluarkan terhadap majikan di Johor,mengikut Seksyen 24D Akta Standard Minimum Perumahan,Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Jumlah itu melibatkan nilai kompaun hingga RM593,500,hasil 45 operasi dijalankan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor,sejak Januari hingga Oktober.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap