Minyak transformer berupaya mengurangkan risiko kebakaran di pencawang elektrik

2024-11-15 HaiPress

Ketua Pengarah MPOB,Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir / Foto RTM

BANGI,14 November - Penghasilan minyak transformer berasaskan sawit dijangka memacu perkembangan industri minyak sawit negara.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB),Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata penggunaan minyak tersebut berupaya mengurangkan risiko kebakaran di pencawang elektrik.

"Kelebihan minyak transformer daripada sawit ini dia mempunyai 'flash point' ataupun 'fire point' yang lebih baik dan lebih stabil sebab kita sering mendengar kebakaran di stesen elektrik terutama di kawasan transformer.

"Melalui ciri yang baru ini,ia mempunyai tahap ketahanan yang lebih tinggi. Jadi risiko kebakaran itu lagi rendah dan lebih baik untuk jangka panjang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pengkomersialan Minyak Transformer Berasaskan Sawit antara MPOB dan Glide Technology Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Minyak transformer itu turut didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia di bawah kategori cap dagangan dengan jenama ‘Minyak Transformer MPOB-Glide’.

Tambahnya,teknologi yang diperkenalkan di bawah Program Pemindahan Teknologi Sawit MPOB itu adalah selaras dengan aspirasi Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap