Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal dagangan

2024-09-20 berita.rtm.gov.my HaiPress

Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih positif dengan mencatat peningkatan / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,20 September - Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih positif dengan mencatat peningkatan,menjejaki prestasi semalaman di pasaran Wall Street.

Pada 9.15 pagi ini,indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok sebanyak 5.10 mata kepada 1,670.75 daripada paras penutup 1,665.65,semalam.

Indeks itu dibuka meraih 5.03 mata kepada 1,670.68.

Di pasaran meluas,kaunter untung mengatasi rugi iaitu 400 berbanding 105 dengan 273 kauanter tidak berubah,sebanyak 1,697 tidak diniagakan dan 32 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 301.88 juta saham bernilai RM224.0 juta.

Firma pembrokeran Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan sektor teknologi tempatan akan menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang melonjak ke paras tertinggi baharu susulan pengumuman mengenai pengurangan kadar faedah di negara maju itu baru-baru ini.

Selain itu,nilai ringgit yang terus mengukuh juga dijangka berkemungkinan menyuntik manfaat kepada sektor seperti pengguna,utiliti,kewangan dan automotif.

“Kami juga percaya pendapatan daripada projek-projek pusat data akan dapat dilihat dalam tempoh beberapa suku akan datang,sekali gus membolehkan sektor pembinaan,bahan binaan dan hartanah mencatat prestasi lebih baik menjelang 2025," katanya.

Setakat 9.24 pagi,ringgit diniagakan pada paras 4.1945/2000 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding semalam pada 4.2025/2105 yang juga paras tertingginya dalam tempoh 28 bulan.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank,Public Bank dan TNB masing-masing meraih dua sen kepada RM10.66,RM4.71 dan RM14.66.

Selain itu,CIMB menambah lapan sen kepada RM8.37,IHH Healthcare naik satu sen kepada RM7.16,Hong Leong Bank meningkat 18 sen kepada RM21.28,MISC dan Petronas Gas sebaliknya tidak berubah pada RM8.14 dan RM17.86 manakala CelcomDigi turun dua sen kepada RM3.78.

Bagi saham aktif,Genetec menokok 8.5 sen kepada RM1.03,Cape EMS dan JCY International masing-masing meraih satu sen kepada 39 sen dan 50.5 sen,Globetronics meningkat dua sen kepada 62.5 sen,Top Glove menokok tiga sen kepada RM1.07 dan Alpha IVF tidak berubah pada 36 sen.

Di papan indeks pula,Indeks FBM Emas meningkat sebanyak 64.97 mata kepada 12,553.68,Indeks FBM Emas Syariah meraih 64.41 mata kepada 12,443.49 dan Indeks FBMT 100 menokok 59.10 mata kepada 12,246.91.

Indeks FBM 70 melonjak 167.42 mata kepada 17,970.68 dan Indeks FBM ACE meningkat 28.30 mata kepada 5,207.68.

Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat sebanyak 84.04 mata kepada 19,699.52,Indeks Perladangan susut 8.75 mata kepada 7,178.38,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.77 mata kepada 180.20 dan Indeks Tenaga meraih 4.62 mata kepada 879.72.-BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap