Kewangan Islam penting rapat jurang pembiayaan

2024-09-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah/ Foto BNM

LONDON,10 September - Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin bertitah kewangan Islam berpotensi merapatkan jurang pembiayaan yang penting untuk peralihan kepada masa depan yang lebih mampan dan berdaya tahan.

Sultan Nazrin yang juga Penaung Diraja bagi Inisiatif Kewangan Islam Malaysia bertitahkewangan Islam yang berlandaskanamalan yang beretika,kesaksamaandan perkongsian risiko yang adilmenyediakan kerangka kerja sejajar dengan kemampanan sertamenawarkanpilihan pendanaanpelbagai termasuk kewangan gabungan dan sosial.

“Ia (kewangan Islam) berada pada kedudukan yang baik untuk menangani jurang pembiayaan yang menghalang kemajuan global dan boleh berfungsi sebagai alat untuk menyalurkan sumber di tempat yang paling diperlukan,” titah bagindapada Forum Perniagaan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC)-United Kingdom (UK) 2024.

Baginda yang memetik laporan Matlamat Pembangunan Kemampanan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)bertitah PBB menganggarkan aliran masuk tahunan yang diperlukan untuk mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030 adalah hampirUS$4 trilion di negara yang sedang membangun.

Selain itu,perbelanjaan purata tahunan bagi aset fizikal yang diperlukan untuk mencapai pelepasan sifar bersih pada 2050 pula mencecahUS$9.2 trilion,titah baginda.

Ditubuhkan pada2015,SDG menggariskan 17 matlamat global yang bertujuan untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik,lebih mampan dan saksama.

Objektif utama termasuk menegakkan hak asasi manusia,mencapai kesaksamaan jantina,memperkasakan wanita dan gadis,membasmi kemiskinan,dan menamatkan kebuluran di seluruh dunia.

Menurut Sultan Nazrin,pelaburan kritikal diperlukan untuk memacu peralihan kepada masa depan mampan yang sebahagian besarnya masih belum dipenuhi walaupun terdapat perkembangan ketara dari segi komitmen pemimpin negara dan usaha memajukan instrumen untuk memantau kemajuan SDG.

"Pelaburan seumpama ini semakin diperlukan tambah lagidengan kesan daripada pandemikCOVID-19,konflik yang berterusan dan krisis iklim yang semakin meningkat,yang kesemuanya memburukkan lagi ketidaksamaan sedia ada dan meningkatkan lagi cabaran yang kita hadapi," titah baginda.

Baginda bertitah memandangkansukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) hanyalah merupakanmekanisme bagi menyediakanpembiayaan beretika dan mampan,kewangan Islam berpotensi untuk membantu mengisi jurang pembiayaan global yang mengimbangi penciptaan nilai jangka panjang dengan keperluan jangka pendek selainmengekalkan komitmen terhadap keadilan sosial dan keterangkuman.

"Ini adalah intipati bagi pembangunan mampan. Betapercaya menjadi tanggungjawab pemain dalam industriuntuk menumpukanusaha mereka ke arah memajukan agenda kemampanan global," titah baginda.

Baginda bertitahMalaysia merupakan peneraju serantau dalam kewangan Islam yang telah menerbitkanSRI melebihi US$6 bilion dengan potensi untuk meningkat lebih tinggi lagi.

Dalam masa yang sama baginda juga berbesar hati apabila mendapati United Kingdom (UK) merupakan salah satu daripada sebilangan kecilnegara di luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang telah menerbitkan sukuk berdaulat sebanyak dua kali.

Sultan Nazrinjuga menjelaskan kepentingan untuk mempertingkatinovasi dan teknologi bagi mencapai agenda mampan,sambil bertitahbahawa inovasi adalah tunjang kemajuan dan boleh meningkatkan kualiti pertumbuhan bagi tempohjangka panjang.

Baginda bertitahkewangan Islam berpotensi menjadi peneraju dalam bidang inovasi dan teknologi,dengan industri teknologi kewanganIslam mencecah nilai US$79 bilion pada 2021 dan diunjurkan berkembang pada kadar yang luar biasa kepada US$179 bilion menjelang 2026.

Sementara itu,baginda juga mengingatkan cabaran untuk mengoptimumkan bakat serta sumber yang ada dalam melaksanakaninovasi sambilmemetik dapatanForum Ekonomi Dunia (WEF) yang menunjukkan perbezaan ketara dalam kadar pendigitalan membawa kepada jurang ekonomi yang berterusan serta terlepas peluang mencapai kemajuan teknologi.

"Namun,dalam cabaran ini terdapat peluang yang luar biasa bagi ekonomi membangun. Mereka boleh menawarkan perkhidmatan dan kepakaran penting dalam pelbagai sektor - daripada kejuruteraan dan reka bentuk hinggalah kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan.

"Kerjasama sedemikian membolehkan pertukaran pengetahuan yang berharga dan kemahiran yang boleh membantu merapatkan jurang inovasi dengan cara memupuk pertumbuhan dan kemajuan bersama," titah baginda.

Selain itu baginda juga menekankan kepentingan menjalin kerjasama antarabangsa bagi usaha kolektif dan terselaras dalam meneruskan agenda kemampanan.

Bertepatan dengan forum hari ini,Sultan Nazrin menzahirkankeyakinan bahawa Malaysia dan Britain boleh menjadi model untuk kerjasama yang produktif dan berkesan.

"Kepentingan hubungan ini akan menjadi lebih ketara,terutamanya apabila mempertimbangkan trajektori ekonomi dan alam sekitar kedua-dua negara kita. United Kingdom menampilkancontoh menarik dalam mengimbangi pertumbuhan ekonominya dengan tanggungjawab alam sekitar.

“Perkongsian antara Malaysia dan Britainjuga telah terbukti membuahkan hasil dalam bidang memacu pertumbuhan,inovasi,infrastruktur mampan dan kewangan hijau secara serentak,” titah baginda yang memberi contohprogram PACT Malaysia-UK,yang dimuktamadkan pada 2023.

PACT Malaysia-UK menyokong dan terus menggalakkan peralihan rendah karbon Malaysia,dengan nilai projek berjumlah £2.6 juta dan bidang tumpuan dalamperancangan karbon rendah,alam semula jadi,tenaga dan kewangan hijau.

"Jadi marilah kita terus membangunkan usaha penting yang telah kita laksanakan,asas kukuh yang telah kita bina. Marilah kita terus memanfaatkankerjasama kita ini untuk memajukan kewangan hijau dan kemampanan,di negara kita sendiri dan di luar darinya," titah baginda. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap