Penubuhan ILP Kerian penuhi keperluan KIGIP

2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto FB Saarani Mohamad

PARIT BUNTAR,5 September - Sebuah institut latihan perindustrian (ILP) akan diwujudkan di Kerian,Perak bagi memenuhi keperluan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP).

Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad berkata,institut berkenaan akan diuruskan oleh SD Guthrie Berhad selaku pembangun projek tersebut.

"Penubuhan institut latihan perindustrian itu bertujuan menghasilkan bakat-bakat terlatih yang sesuai atau sepadan dengan keperluan KIGIP," katanya ketika ditemui pemberitapada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Perakku Fasa 1 kepada 27 penerima dan perasmian Majlis Pecah Tanah Rumah Perakku Fasa 2 di sini,hari ini.

Rumah Perakku Fasa 1 yang telah disiapkan melibatkan 150 unit rumah dan dijual dengan harga bermula dari RM95,000 selepas subsidi oleh Lembaga Perumahan Hartanah Perak (LPHP).

Manakala fasa 2 akan melibatkan pembinaan 100 unit rumah tambahan yang dijangka siap pada tahun 2026.

Sementara itu,Saarani mengesahkan West Ipoh Span Expressway (WISE) telah menandatangani perjanjian konsesi bagi pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Gopeng-Kuala Kangsar selepas terma perjanjian itu dimuktamadkan dengan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) pada Julai lalu.

Lebuh raya tersebut yang amat diperlukan sebagai laluan alternatif kepada Terowong Menora yang sering berlaku kesesakan akan mula dibina pada tahun ini,katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap