Seorang maut, tiga selamat lori terbabas ke dalam longkang

2024-09-04 berita.rtm.gov.my HaiPress

Seorang lelaki maut manakala tiga yang lain terselamat selepas lori yang dinaiki terbabas ke dalam longkang di Kilometer 33.1Lebuhraya Utara Selatan (PLUS),di Jitra / Foto RTM

JITRA,4 September – Seorang lelaki maut manakala tiga yang lain terselamat selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam longkang di Kilometer 33.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS),di sini,pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra,Penolong Kanan Penguasa Bomba,Mohd Bustan Karudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada pukul 6.36 pagi.

"Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah telah mengarahkan jentera dan EMRS BBP Jitra ke lokasi kejadian. Sebaik tiba di tempat kejadian,didapati kemalangan melibatkan sebuah lori terbabas dan terbalik ke dalam longkang.

"Empat orang mangsa berada di dalam lori tersebut. Seorang mangsa berusia 30-an tersepit di dalam kenderaan,manakala tiga yang lain,termasuk seorang warga asing,terselamat," katanya menerusi kenyataan.

Mohd Bustan berkata,mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Operasi menyelamat menghadapi sedikit kesukaran disebabkan ruang yang sempit dan berair,namun pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas," tambah Mohd Bustan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap