Zahid ucap selamat maju jaya kepada atlet Sukan Paralimpik Paris 2024

2024-08-28 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto: FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR,28 Ogos- Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Menerusi hantaran di Facebook,Ahmad Zahid berkata seluruh rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan kontinjen negara dalam acara sukan berprestij itu.

“Selamat berjuang #TeamMAS. Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 telah membuka tirainya dan selamat maju jaya saya ucapkan buat 30 orang atlet luar biasa yang mewakili Malaysia dalam acara sukan berprestij ini.

“Ingatlah,dalam setiap cabaran,ada peluang untuk mencipta sejarah. Kami di Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan anda. Selamat berjuang,kontinjen Malaysia!” katanya.

Hari ini,kontinjen negara dalam misi memburu empat lagi emas bagi melengkapkan kutipan 10 emas secara keseluruhan dalam temasya sukan berprestij dunia itu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap