84 penduduk terjejas banjir di Kedah pagi ini

2024-08-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO APM NEGERI KEDAH

KUALA LUMPUR,22 Ogos- Seramai 84 penduduk terjejas banjir dicatatkan di Kuala Muda,Kedah setakat 6.00 pagi ini,selepas dilanda banjir kilat pada Selasa lalu.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC),Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan penduduk terjejas membabitkan 22 keluarga itu berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS).

Terdahulu Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda,Kapten Pertahanan Awam Amirul Asyraf Mohamad Mayidin memaklumkan penduduk berkenaan ditempatkan di PPS Dewan Kampung Sungai Pial,Merbok di daerah itu.

Jelas beliau,banjir dan air pasang besar yang berlaku menyebabkan kediaman mereka dinaiki air setinggi 0.5 meter dan menjejaskan lebih 20 buah kediaman di kawasan terbabit.

Sementara itu,Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran ribut petir,hujan lebat dan angin kencang bagi Sarawak: Kuching,Serian,Samarahan,Betong (Pusa dan Betong),Sibu (Kanowit dan Selangau) dan Kapit (Song dan Kapit) sehingga 9.00 pagi nanti.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,menurutMetMalaysia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap