ACP Mohamad Farhan Lee Abdullah, Ketua Polis Daerah Kuching yang baharu

2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Upacara serah terima tugas jawatan antara ACP Ahsmon Bajah dan ACP Mohamad Farhan Lee Abdullah disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak,Datuk Mancha Ata di Mes Pegawai IPK Sarawak di Kuching

KUCHING,12 Ogos-Jawatan Ketua Polis Daerah,KPD Kuching kini disandang oleh ACP Mohamad Farhan Lee Abdullah manakala ACP Ahsmon berpindah tugas ke Ibu Pejabat Polis Kontingen Sabah.

Majlis menandatangani nota serah terima tugas jawatan antara ACP Ahsmon Bajah dan ACP Mohamad Farhan Lee Abdullah disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak,Datuk Mancha Ata di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontingen Sarawak di Kuching.

ACP Mohamad Farhan berusia 55 tahun berasal dari Perak,mula menyertai Polis DiRaja Malaysia PDRM pada 1993 sebelum ini menyandang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Semporna.

"Mudah-mudahan saya dapat memikul tanggungjawab ini dan kekalkan mana boleh saya tambahkan. Saya harap saya boleh buat yang terbaik dengan kerjasama masyarakat setempat saya yakin pihak IPD Kuching juga boleh buah terbaik untuk masyarakat setempat," kata ACP Mohamad Farhan.

Sementara itu,Datuk Mancha Ata dalam ucapanya berharap pencapaian urus tadbir,penyeliaan dan kepimpinan di IPD Kuching terus dapat ditambah baik pada masa akan datang untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Kewangan Perniagaan Malaysia Timur      Hubungi kami   SiteMap